Abdul Rashid Teruskan Hasrat Tanding Jawatan Ketua Umno Nibong Tebal

Diterbitkan: Sabtu, 5 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Rashid
Abdul Rashid

BUTTERWORTH: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah pada Jumaat memutuskan untuk bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Nibong Tebal pada pemilihan Umno ini.

Berikutan itu, Umno Nibong Tebal akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Abdul Rashid dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman bagi merebut jawatan ketua bahagian itu.

Abdul Rashid, pada sidang akhbar, Jumaat, berkata keputusan itu dibuat selepas beliau didapati tidak bersalah oleh Lembaga Disiplin atas tuduhan belot dan mensabotaj parti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lepas.

Pada 21 September lepas, Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang menolak pencalonan Abdul Rashid bersama enam lagi calon lain yang digantung keahliannya atas tuduhan sabotaj parti pada PRU13.

Pengumuman mengenai Abdul Rashid didapati tidak bersalah dibuat oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir pada sidang akhbar Selasa lepas.

Selain Abdul Rashid, tiga lagi anggota Umno Bahagian Nibong Tebal Zulkifli Kamarudin (Ketua Penerangan Umno Bahagian), Mohd Sani Bakar (Ketua Cawangan Sungai Baung) dan Mohd Yusof Abdul Rahman (Ketua Cawangan Kepala Gajah) turut dilepaskan dan dikembalikan hak-hak mereka sebagai anggota Umno. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan