Syarikat Keselamatan Gagal Patuhi Perjanji Disenarai Hitam - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 4 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Syarikat kawalan keselamatan di sekolah yang gagal mematuhi perjanjian dan melaksanakan tanggungjawab akan disenarai hitam, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata kementerian juga akan mengenakan syarat-syarat baharu di dalam kontrak pelantikan syarikat kawalan keselamatan bagi memastikan masalah dan kekurangan berkaitan pengawal keselamatan sekolah yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 diatasi.

"Kalau mereka (syarikat kawalan keselamatan) dah tak layak kita keluarkan, kalau pun yang tersenarai atau dipilih akan ada syarat-syarat baharu yang kita akan kenakan untuk tentukan jangan berulang hal sebegini.

"Saya pun rasa agak terkilan apabila hal-hal sebegini berlaku, kita tidak ada masa nak pergi tengok setiap sekolah tetapi kita bertanggungjawab jugalah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan badan perhubungan Umno negeri Melaka di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan semakan audit di 35 sekolah terpilih mendapati terdapat seorang pengawal keselamatan sekolah mempunyai rekod jenayah manakala 76 pengawal dikesan tidak mengemukakan tapisan keselamatan dari balai polis berhampiran atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membuktikan mereka tiada rekod jenayah.

Selain itu, terdapat juga pengawal yang melebihi had umur dan gagal mengemukakan kepada pihak audit laporan kesihatan dari hospital kerajaan bagi membuktikan mereka masih sihat dan dapat menjalankan tugas sebagai pengawal.

Muhyiddin berkata kementeriannya telah mengenal pasti beberapa kelemahan termasuk pemantauan yang kurang rapi walaupun syarikat pengawal keselamatan yang dipilih telah diluluskan KDN sebelum ditawarkan kontrak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan berdasarkan tawaran terbuka.

Justeru, katanya, kuasa pemantauan kontrak akan diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah yang membolehkan setiap sekolah dipantau.

"Kalau dulu ia dipantau oleh ibu pejabat, jadi nak turun setiap daerah agak sukar...dengan pendekatan baharu ini bermakna setiap sekolah itu tidak terkecuali daripada dipantau Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, ini memudahkan lagi pelaksanaan," katanya.

Pada masa ini terdapat 364 syarikat pengawal keselamatan yang diberikan kontrak di sekolah seluruh negara, kata beliau.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut meminta setiap kementerian dan kerajaan negeri mengambil perhatian berat terhadap laporan berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani setiap permasalahan yang timbul.

Katanya jika berlaku salah laku oleh pegawai, ia perlu dimaklumkan kepada agensi penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mengenakan tindakan tatatertib di bawah peraturan sedia ada.

"Bagi kita (kerajaan) hal begini kita anggap satu pembaziran wang rakyat dan kami dalam kerajaan tidak mahu ini berlaku, kita nak minta pegawai-pegawai yang bertanggungjawab menguruskan projek ini mengambil perhatian serius dan hal ini jangan disebut berulang kali dalam laporan audit.

"Kabinet sendiri telah mengarahkan ini dianggap penting, mesti diambil tindakan sewajarnya sama ada terhadap pegawai atau memperbaiki kelemahan kerana bagi kami, penting wang yang dibelanjakan memberikan faedah seoptimumnya kepada rakyat," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan