Presiden China Diberi Sambutan Negara - Berita Semasa | mStar

Presiden China Diberi Sambutan Negara

Diterbitkan: Jumaat, 4 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden China, Xi Jinping yang melakukan lawatan rasmi sulungnya selama tiga hari ke Malaysia, diberi sambutan negara di Dataran Parlimen, di sini Jumaat.

Ketibaan Xi dan isteri, Peng Liyuan pada pukul 9.05 minit pagi disambut Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Sejurus ketibaannya lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das.

Xi kemudian memeriksa kawalan kehormatan yang dibarisi oleh 106 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Nur Fahmi Bassar.

Beliau kemudian diperkenalkan kepada jemaah menteri dan tetamu kehormat yang lain.

Xi yang tiba di sini pada Khamis, dijadual menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia-China pada Jumaat.

Beliau juga dijangka menghadiri jamuan negara yang dihos oleh Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Jumaat malam. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan