PM Saksikan Upacara Menandatangani Perjanjian B2B Bernilai AS$5 Bilion

Diterbitkan: Jumaat, 4 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Jumaat menyaksikan pemeteraian perjanjian perniagaan dengan perniagaan (B2B) bernilai AS$5 bilion antara Malaysia dan China, yang mencerminkan hubungan ekonomi yang lebih kukuh antara kedua-dua negara ini.

Turut hadir ialah Presiden China, Xi Jinping, yang kini berada di Malaysia bagi lawatan negara selama tiga hari, mulai Khamis.

Lapan perjanjian B2B ditandatangani dalam bidang nyahgaram air, harta intelek dan pembiayaan.

Satu memorandum perjanjian juga ditandatangani bagi kerjasama antara AirAsia Bhd dan ICBC Financial Leasing Co Ltd mengenai kemudahan pembiayaan pesawat udara bernilai AS$1 bilion.

Najib juga menyaksikan pemeteraian perjanjian kerajaan dengan kerajaan dalam bidang kerjasama sains, teknologi dan inovasi serta kerjasama ekonomi dan perdagangan selama lima tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan