Perdana Menteri Kanada Tiba Untuk Lawatan Tiga Hari Ke Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 4 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perdana Menteri Kanada Stephen Harper tiba di sini malam Jumaat bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.

Ketibaan Harper di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10.45 malam disambut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Lawatan ini merupakan yang pertama buat Harper sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Kali terakhir perdana menteri Kanada melawat Malaysia ialah Jean Chretien yang menghadiri Sidang Kemuncak Apec di Kuala Lumpur pada 1998.

Bagi pihak Malaysia, lawatan peringkat tertinggi yang terakhir dilakukan bekas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada 2010.

Pada Ahad, Harper akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memperkukuhkan kerjasama dua hala, menumpukan aspek perdagangan dan pelaburan dalam bidang minyak dan gas serta sektor pertanian, perladangan dan pengangkutan.

Beberapa memorandum persefahaman dijangka ditandatangani semasa pertemuan itu diikuti dengan sidang akhbar bersama kedua-dua pemimpin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan