Perak Lokasi Pertama Tumpuan Calon MT, Exco Sayap Umno Sebelum Pemilihan

Diterbitkan: Jumaat, 4 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Calon Naib Presiden Umno Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam (dua, kanan) bersama barisan calon Ahli Majlis Tertinggi yang hadir (dari kiri) Dr. Mohd Puad Zarkashi dan Datuk Bung Mokhtar Radin pada sesi pengenalan calon Majlis Tertinggi dan exco sayap UMNO iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Jumaat. -fotoBERNAMA
Calon Naib Presiden Umno Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam (dua, kanan) bersama barisan calon Ahli Majlis Tertinggi yang hadir (dari kiri) Dr. Mohd Puad Zarkashi dan Datuk Bung Mokhtar Radin pada sesi pengenalan calon Majlis Tertinggi dan exco sayap UMNO iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Jumaat. -fotoBERNAMA

IPOH: Kira-kira 2,000 perwakilan Umno Perak hadir dalam sesi memperkenalkan calon bagi pemilihan peringkat tertinggi parti yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, di sini, Jumaat.

Mereka diperkenalkan kepada calon naib presiden, angota Majlis Tertinggi (MT) dan juga exco untuk ketiga-tiga sayap oleh Ketua Penerangan Umno Perak Datuk Saarani Mohamad.

Antara calon yang hadir ialah Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang bertanding untuk jawatan naib presiden.

Selain itu 29 calon MT serta lima wakil calon turut kelihatan antaranya Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk Bung Moktar Radin, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah, Datuk Dr Norraesah Mohamad dan Datuk Seri Azalina Othman.

Tidak ketinggalan Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Hasan Malek serta Datuk Idris Haron selain Menteri Besar Perlis Azlan Man.

Turut kelihatan calon ketua Wanita Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Suleiman.

Sebanyak 8,600 perwakilan Umno Perak layak mengundi untuk pemilihan peringkat tertinggi. Pemilihan bagi exco ketiga-tiga sayap dijadualkan 12 Oktober dan MT pula pada 19 Oktober.

Perak merupakan lokasi pertama sesi itu yang akan diteruskan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur lewat hari ini sebelum ke Kelantan, Terengganu dan Pahang pada Ahad. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan