Pemilihan Umno: Calon Perlu Sedia Terima Kritikan - Isa Samad

Diterbitkan: Jumaat, 4 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA PILAH: Setiap calon yang bertanding dalam pemilihan Umno Oktober ini perlu sedia berdepan sebarang kritikan sama ada berbentuk positif atau sebaliknya, terutama menerusi media baharu atau laman sosial.

Calon Naib Presiden Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata meskipun sesetengah kritikan tidak benar atau berunsur fitnah, perkara itu sudah menjadi lumrah yang harus dihadapi calon dalam apa jua pertandingan.

"Kalau dulu mungkin kritikan diterima dalam bentuk surat layang tapi sekarang dengan teknologi semasa, kritikan diterima dalam bentuk media baharu dan sebagainya.

"Kritikan ini ada yang pro dan ada yang kontra, tapi sebagai calon, kita kena terima kerana ini adalah hakikat yang harus dihadapi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Komuniti: Felda Di Hati Bersama Pengerusi Felda di Felda Kepis Jumaat.

Beliau diminta mengulas pelbagai kritikan yang dilempar terhadapnya menerusi media baharu seperti blog dan laman sosial.

Mohd Isa menasihati setiap calon, terutama muka baharu, agar menghadapi perkara itu dengan tenang dan meneruskan usaha mereka untuk menang pada pemilihan parti kelak.

"Sesiapa yang mahu membuat dakwaan (kritikan) terhadap saya, buatlah sebab tidak ada masalah bagi saya... sebab perkara ini memang akan timbul," katanya.

Beliau juga berkata sebarang kritikan tidak sepatutnya mematahkan semangat calon untuk bertanding sebaliknya calon perlu membuktikan kebolehan dan terus bekerja keras demi memperkasakan parti. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan