PAS Benarkan Calon Berkempen Secara Terbuka

Diterbitkan: Jumaat, 4 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Asmuni Awi.
Asmuni Awi.

PETALING JAYA: Buat pertama kali sejak penubuhannya lebih 60 tahun lalu, PAS membenarkan calon yang bertanding untuk jawatan dalam parti untuk berkempen secara terbuka.

Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi berkata, calon-calon boleh mempromosikan diri mereka sendiri tetapi tidak boleh menyerang pihak lawan mereka.

"Kami melarang sebarang kenyataan, video, karikatur ataupun menggunakan pelbagai medium dan alat lain untuk memperkecilkan atau fitnah calon-calon lain.

"Mereka yang membuat serangan peribadi akan berhadapan dengan tindakan disiplin," katanya.

Asmuni mengulas mengenai peraturan-peraturan dalam berkempen menjelang pemilihan parti pusat pada 22 November depan, sehari sebelum pemilihan Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama PAS.

Beliau berkata, lampu hijau untuk berkempen itu tidak boleh disalahgunakan untuk memburuk-burukkan calon-calon lain.

"Kami tidak bertolak ansur dengan budaya negatif seperti itu," katanya.

Pihak-pihak tertentu yang memulakan kempen mereka melalui media sosial, termasuk Facebook, telah menyerang beberapa individu yang dilihat sebagai "parasit" dalam PAS.

Sumber berkata, walaupun PAS baru membenarkan untuk berkempen terbuka pada tahun ini, calon-calon tertentu mendapat penajaan luar untuk membiayai kempen di seluruh negara dalam dua pemilihan parti yang lepas pada tahun 2009 dan 2011.

Pemerhati berkata, kempen yang sengit ini bertujuan mengurangkan dominasi ulama dalam kepimpinan pusat.

Asmuni berkata, calon-calondari sayap yang berhasrat untuk bertanding perlu mengemukakan borang pencalonan mereka sebelum tengah malam pada 20 Oktober, dan mereka yang mahu bertanding untuk kerusi jawatankuasa pusat pula menjelang tengah malam pada 31 Oktober.

Borang-borang boleh didapati dari 188 PAS bahagian, 173 Dewan Pemuda bahagian dan 167 Dewan Muslimat bahagian selain daripada pejabat-pejabat Dewan Ulama negeri di seluruh negara.

Menurut Asmuni, selepas pencalonan diterima, calon-calon perlu mengesahkan pencalonan mereka pada pukul 5 petang 8 November.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan