MCA Adakan EGM 20 Oktober Ini

Diterbitkan: Jumaat, 4 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 20 Oktober ini bagi memutuskan sama ada anggota parti itu dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan dan menegur sikap Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata mesyuarat itu perlu diadakan dalam masa terdekat memandangkan keputusan sama ada menerima atau tidak memegang jawatan dalam kerajaan perlu dicapai dengan segera oleh perwakilan.

"Kami yakin perwakilan akan menilai dan membuat keputusan bijak bagi menentukan masa depan parti," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) Khas di Wisma MCA di sini, Khamis.

Dr Chua juga berkata mesyuarat EGM itu juga akan menegur sikap Liow yang tidak menghormati keputusan CC menarik balik penggantungan tiga tahun keahlian setiausaha penganjur, Datuk Tee Siew Keong, yang juga anggota exco negeri Johor, sehingga mencetuskan konflik dalaman parti.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa keputusan menegur tindakan Liow melalui EGM bukan bertujuan untuk menyerang keperibadiannya malah untuk kepentingan masa depan parti.

"Beliau (Liow) secara tiba-tiba telah berubah sikap selepas PRU-13 (Pilihanraya Umum ke-13) apabila telah banyak kali memburukkan parti secara umum," katanya.

Ditanya mengenai gesaan Liow sebelum ini yang mahukan keputusan mengembalikan keanggotaan Tee dimuatkan dalam EGM melalui mesyuarat CC itu, beliau berkata: "Liow tidak mengutarakannya dalam mesyuarat tadi,"

Dr Chua berkata para perwakilan tidak dibenarkan mengadakan perdebatan, mengangkat sepanduk dan poster serta mengadakan sidang media di sekitar ibu pejabat parti itu sepanjang EGM ini diadakan bermula 9.30 pagi di Dewan Lee San Choon.

Dalam pada itu, katanya Ketua Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh dan Ketua Bahagian Muar Tay Puay Chuan dilantik mengisi dua kekosongan daripada jumlah 42 anggota CC.

Dua kekosongan itu berlaku berikutan salah seorang daripada anggotanya, Tan Ah Eng yang merupakan Timbalan Ketua Wanita MCA meninggal dunia pada 10 Ogos lepas dan peletakkan jawatan Tee baru-baru ini.

Sementara itu, Liow ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat CC menyifatkan keputusan menegurnya melalui EGM itu adalah tindakan serangan daripada kumpulan penyokong Dr Chua terhadapnya.

"Saya rasa kecewa kerana mengadakan EGM itu untuk menegur sikap saya itu, saya berharap semua perwakilan akan membuat keputusan bijak demi masa depan parti, dan saya akan berdepan dengan situasi (EGM) itu dengan tenang," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan