MB Pahang Sokong Maznah Tanding Ketua Wanita Umno

Diterbitkan: Jumaat, 4 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Maznah Mazlan.
Maznah Mazlan.

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memberikan restu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah, Datuk Maznah Mazlan untuk bertanding bagi jawatan Ketua Wanita Umno.

"Maznah dari Pahang. Mana boleh saya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, tidak menyokong beliau," katanya di sini, Khamis.

Maznah mengejutkan banyak pihak dalam Umno, termasuk pemimpin-pemimpin parti di Pahang, apabila beliau tampil bertanding untuk menjadi Ketua Wanita Umno, jawatan yang kini disandang oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Adnan, yang juga Ketua Umno bahagian Bentong menyifatkan Maznah dan Shahrizat sebagai sahabat beliau, sambil menambah bahawa sokongan beliau tidak akan mempengaruhi apa-apa kerana beliau tidak bertanding sebarang jawatan tertinggi dalam parti.

Mengenai pemilihan Umno, beliau berkata: "Secara peribadi, saya fikir cara yang terbaik adalah untuk memilih kepimpinan campuran antara mereka yang mempunyai pengalaman dan mereka yang boleh menyumbang dengan tenaga dan idea-idea baru."

Selain Shahrizat dan Maznah, ahli seumur hidup Umno, Raihan Sulaiman yang merupakan anak perempuan kepada veteran Umno, Allahyarham Sulaiman Ahmad, turut serta bertanding untuk jawatan tersebut.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan