Kesan Penutupan Sebahagian Operasi Kerajaan AS Belum Begitu Besar - Ahmad Husni

Diterbitkan: Jumaat, 4 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Husni (kiri) selepas melancarkan buku
Ahmad Husni (kiri) selepas melancarkan buku "Memacu Transformasi" karya bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (kanan). -foto THE STAR

SHAH ALAM: Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata Malaysia belum begitu menerima kesan akibat penutupan sebahagian operasi Kerajaan Amerika Syarikat (US) akibat kebuntuan politik.

"Kita belum tahu kesannya kepada negara kerana kita tidak tahu produk-produk yang akan terlibat, namun kesannya kepada kita masa ini tidak berapa ... saya tak nampak kesannya besar," kata beliau kepada pemberita ketika ditanya mengenai kesan penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat itu.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku "Memacu Transformasi" karya bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, yang berkisar kepada program transformasi negara yang digerakkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam aspek pendidikan, belia dan mahasiswa, realiti dan politik baharu serta ekonomi.

Ahmad Husni berkata tiada pihak yang mampu meramalkan setakat ini bila penutupan sebahagian operasi kerajaan US, yang melibatkan 800,000 pekerja, akan berakhir.

Kejadian sama yang berlaku 17 tahun lepas mengambil masa 21 hari.

Apabila kerajaan US menutup operasinya, bermakna kuasa membeli penjawat awam yang terlibat, akan menurun dan menurut kajian ia mengakibatkan perbelanjaan domestik kuasa besar dunia itu menurun US$300 juta (US$1 =RM3.20) sehari yang menjejaskan Keluaran Negara Kasar (GDP) negara itu, katanya.

Mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, beliau berkata kerajaan akan meneruskannya.

Husni berkata kerajaan juga sedang mengkaji beberapa kaedah untuk membantu golongan pertengahan bagi menangani kos sara hidup yang meningkat, selain meneruskan bantuan awak persekolahan dan untuk mahasiswa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan