Banduan Filipina Disiasat Ada Kaitan Pengganas Sulu Di Lahad Datu - Berita Semasa | mStar

Banduan Filipina Disiasat Ada Kaitan Pengganas Sulu Di Lahad Datu

Diterbitkan: Jumaat, 4 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang banduan warga Filipina, yang kini menjalani hukuman penjara kerana menceroboh hutan simpan di Sabah sedang disiasat, berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Sulu dalam pencerobohan di Lahad Datu pada Februari lalu.

Lelaki berusia 43 tahun itu dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada 9 September lalu kerana menceroboh hutan simpan di daerah pantai timur Lahad Datu di Sabah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, SAC Omar Mammah berkata, perkara tersebut didedahkan apabila mahkamah memerintahkan rumah yang diduduki lelaki itu sebelum penahanannya supaya dirobohkan.

"Semasa proses perobohan itu, pegawai-pegawai menemui dokumen mengesan suspek sebagai tentera Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), serta kelengkapan ketenteraan termasuk beret dan lencana Komando," katanya.

SAC Omar berkata, polis masih menentukan sama ada banduan itu adalah sebahagian daripada kumpulan dan pencerobohan.

"Kami juga mengetahui apakah motif beliau berada di negara ini," katanya.

Omar berkata, kertas siasatan baru mengenai lelaki itu telah dibuka pada 25 September lalu, dan pihak polis mencadangkan kepada Peguam Negara untuk menahan beliau di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan