PRK Sungai Limau: SPR Tetapkan 4 Nov Hari Pengundian, 23 Okt Penamaan Calon

Diterbitkan: Khamis, 3 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sementara tarikh penamaan calon pula pada 23 Oktober ini.

"Seramai 27,222 pemilih berdaftar bagi PRK ini. 27,220 pemilih berdaftar biasa dan dua lagi tidak hadir luar negara.

"Tidak ada pengundi-pengundi awal bagi PRK kali ini. Ini kerana tiada polis atau Angkatan Tentera Malaysia yang mendaftarkan diri sebagai pengundi awal," katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas SPR di sini, Khamis.

PRK DUN Sungai Limau akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Abdul Aziz berkata, sebanyak 17 pusat mengundi akan dibuka untuk tujuan pengundian yang mengandungi kesemua 58 saluran tempat mengundi.

"Seramai 492 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini.

"Anggaran kos perbelanjaan bagi menjalankan Pilihan Raya Kecil N.20 Sungai Limau di Kedah adalah sebanyak RM1,336,987," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas, Azizan yang juga bekas menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dariBN dengan majoriti 2,774 undi.

Ahad lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Md Rozai Shafian menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Sungai Limau kepada SPR.

Beriku merupakan maklumat mengenai PRK DUN Sungai Limau:

Tarikh keluar writ: 3 Oktober 2013

Tarikh notis pilihan raya: 4 Oktober 2013

Tarikh penamaan calon: 23 Oktober 2013

Tarikh pengundian biasa: 4 November 2013

Pegawai Pengurus Pilihan Raya: Pegawai Daerah Yan, Abd Rashid Othman.

Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya:

1. Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah0 Yan, Azmin Zainol Abidin.

2. Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Yan, Faisal Rizal Mohammad.

3. Pegawai Eksekutif Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Ismail Zainol.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan