Prasarana Beroperasi Dalam Persekitaran Yang Sukar - Shahril

Diterbitkan: Khamis, 3 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penelitian ke atas syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang memberi ganjaran bonus kepada kakitangannya walaupun mencatat kerugian besar mestilah 'adil dan munasabah', menurut seorang eksekutif tertinggi GLC.

Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar berkata syarikat-syarikat tersebut menyediakan perkhidmatan awam dan beroperasi dibawah tarif dan tambang yang dikawal kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan tujuh GLC memberi ganjaran bonus kepada kakitangannya walaupun mengalami kerugian yang mencecah RM2 bilion pada 2011.

Prasarana mencatat kerugian tertinggi antara tujuh GLC terlibat selain Mimos Bhd, Keretapi Tanah Melayu Bhd, Jambatan Kedua Sdn Bhd, Amanah Raya, Indah Water Konsortium dan Cyberview Sdn Bhd.

Prasarana memberi bonus sebulan setengah hingga dua bulan walaupun syarikat itu kerugian RM763 juta pada tahun itu.

Mengenai kerugian itu, Shahril berkata, RM400 juta kos susut nilai dan RM300 juta adalah kos pembiayaan.

"Orang ramai harus faham Prasarana beroperasi di dalam persekitaran yang sukar untuk menyediakan dan mempertingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam.

"Struktur tambang masih belum dikaji sejak 12 tahun lalu dan kami perlu beroperasi di laluan yang tidak menguntungkan," katanya.

Kira-kira 805 laluan operasi bas itu di sekitar Lembah Klang adalah tidak menguntungkan, kata Shahril.

Syarikat itu juga memiliki dan mengendalikan transit aliran ringan dan perkhidmatan monorel di Lembah Klang dan bas henti-henti di Pulau Pinang dan Pahang.

"Bonus diberikan berdasarkan pencapaian kakitangan kami. Kami mahu mengekalkan kecekapan kami kerana industri ini berkembang pesat di negara lain di seluruh dunia.

"Jika kita tidak memberi ganjaran sesuai, mereka akan lari...Kami melakukan yang terbaik untuk terus beroperasi dan membawa keuntungan," kata Shahril.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan