Pertembungan Dua Sahabat Untuk Jawatan Naib Ketua Wanita

Diterbitkan: Khamis, 3 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suraya Yaakob
Suraya Yaakob

PETALING JAYA: Mereka bersaing merebut jawatan Naib Ketua Wanita Umno tetapi Datuk Azizah Mohd Dun dan Datuk Suraya Yaakob berkempen seperti rakan-rakan, sentiasa di sisi antara satu sama lain.

Azizah dan Suraya turut serta dalam beberapa majlis pergerakan Wanita yang diterajui ketua sayap, Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk bertemu perwakilan menjelang pemilihan Umno.

"Suraya bukan musuh saya. Kami bersaing merebut jawatan itu kerana ia dikosongkan. Persaingan berlaku dalam keluarga ini," kata Azizah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Azizah merupakan teman seperjuangan kepada Shahrizat dalam pemilihan itu.

Suraya yang juga exco kerajaan negeri Kedah akan berusaha kerasa walaupun beliau menyokong keputusan Shahrizat untuk mempertahankan jawatannya.

Keakraban mereka adalah sebahagian daripada usaha Shahrizat untuk membawa mereka turut serta dalam kempen beliau.

Azizah dan Suraya juga cuba menjauhkan diri daripada sebarang kempen negatif di tempat awam.

Suraya dikenali kerana personaliti beliau yang mudah tersenyum tetapi beliau akan berpolitik secara serius ketika bertemu perwakilan.

"Kebanyakan perwakilan akan mengundi buat pertama kalinya. Saya beritahu mereka kami bukan setakat pemimpin yang dipilih untuk parti tetapi untuk negara. Segelintir pihak saya terlalu muda pada usia 44 tahun tetapi saya terlibat dalam politik sejak 2001 dan saya terlibat dalam pasukan yang menawan semula Kedah," kata Suraya.

Beliau berkata rata-rata perwakilan yang ditemuinya memahami keperluan untuk melakukan perubahan di dalam Umno tetapi beliau tidak yakin sama ada ia boleh diterjemahkan dalam bentuk undi.

"Saya mahu membantu memenangi semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Menang atau kalah, semuanya ketentuan Allah," katanya.

Azizah yang dikenali sebagai 'giant-killer' kerana menewaskan bekas pemimpin Umno, Datuk Lajim Ukim di kerusi Parlimen Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Mei lalu.

"Rakyat yang sebenarnya 'giant-killer', mereka memutuskan Barisan Nasional adalah lebih baik," katanya.

Azizah mempunyai pelbagai pengalaman sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Katanya, beliau bertanding bagi jawatan itu kerana ingin membantu membentuk sebuah parti yang mantap bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Azizah juga bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Beaufort yang menyaksikan pertembungan dengan adiknya, Faridah Mohd Dun.

"Saya menjadi ketua Wanita Bahagian Beaufort selama 17 tahun. Kini tiba masanya untuk melangkah ke peringkat bahagian. Jika adik saya mahu bertanding dan terus memberi sumbangan, saya tidak boleh menghalangnya. Ini adalah demokrasi," katanya.

Suraya dan Azizah adalah peguam yang berasal dari keluarga politik di negeri masing-masing.

Suraya berkahwin dengan keluarga Syed Barakbah di Kedah.

Bapa mentuanya yang juga bekas setiausaha kerajaan negeri adalah seperti anak sendiri kepada Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

Beliau juga berasal dari sebuah keluarga yang besar, berpendidikan dan mempunyai ahli keluarga di seluruh dunia kerana datuknya mempunyai 17 isteri.

Bapa Azizah pula terlibat dengan perjuangan menuntut kemerdekaan.

Beliau adalah bekas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri serta membawa masuk Umno ke Sabah.

Adik lelaki bongsunya juga seorang Adun.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan