Pendaki Selamat Selepas Terjatuh Dari Bukit Setinggi 15 Meter

Diterbitkan: Khamis, 3 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Kegembiraan lima sahabat mendaki Bukit Bubus dekat Dendong, Tembila di sini bertukar menjadi detik mencemaskan apabila seorang daripada mereka terjatuh dari ketinggian 15 meter petang Rabu.

Dalam kejadian 4.40 petang itu, Hazani Mohd Hassan, 25, tergelincir dan terjatuh ke kawasan berdekatan laut serta patah tangan kanan.

Ketua Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Besut Hasmadi Jusoh berkata Hazani berjaya diselamatkan selepas rakannya menghubungi bomba dan mangsa dibawa turun lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat, Kampung Raja menggunakan pengusung pada 5.10 petang.

"Anggota bomba menggunakan tali bagi membawa mangsa naik ke atas bukit sebelum mengusungnya menggunakan pengusung pula dari atas bukit ke bahagian belakang bukit berkenaan," katanya ketika ditemui di sini, Khamis.

Hasmadi berkata kerja menyelamat mengambil masa kira-kira 30 minit dan mangsa kini menerima rawatan lanjut di Hospital Daerah Besut.

Katanya sebelum kejadian itu, mangsa yang bekerja sendiri dan berasal dari Tanah Merah, Kelantan bersama empat rakannya mendaki bukit sebagai latihan rekreasi di waktu lapang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan