Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Selari Matlamat Pendidikan Unesco Untuk Semua - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 3 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang dilancarkan pada 6 September lepas merupakan inisiatif yang selari dengan strategi Unesco bagi mencapai matlamat pendidikan untuk semua, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata selaras dengan matlamat itu melalui PPPM, Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memperluas akses dan ekuiti pendidikan serta meningkatkan kualiti pendidikan negara.

"Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 saya menaruh harapan yang tinggi dan serius dalam usaha memastikan pendidikan yang berkualiti diberikan kepada murid tanpa mengira peringkat dan latar belakang," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Unesco Malaysia 2013 di Dataran Memorial Kemerdekaan, Bandar Hilir di sini, Khamis.

Turut hadir Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim; Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron dan Pengarah Pejabat Serantau Unesco di Jakarta Prof Hubert Gijzen.

Sambutan itu diadakan selama empat hari bermula hari ini dan menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan kebudayaan, muzik dan permainan tradisional.

Tahun ini juga Malaysia menyambut ulang tahun ke-55 keanggotaannya dalam Unesco.

Muhyiddin yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia berkata Malaysia kini turut tersenarai sebagai negara penyumbang melalui Program Kerjasama Malaysia-Unesco (MUCP) bagi membantu negara anggota Unesco lain, khususnya negara kurang membangun mencapai matlamat badan dunia itu terutamanya melibatkan pendidikan untuk semua.

"Saya yakin menerusi MUCP, Malaysia dan Unesco akan berganding bahu bagi membantu negara-negara yang benar-benar memerlukan bantuan iaitu dari rantau Afrika, Asia Pasifik serta kepulauan kecil," katanya.

Beliau berkata menerusi MUCP juga Malaysia akan dapat berkongsi kepakaran tempatan serta amalan-amalan terbaik negara khususnya dalam bidang kompetensi Unesco.

Katanya sejak menganggotai Unesco pada tahun 1958, Malaysia telah memainkan peranan yang cukup aktif dan signifikan dalam aktiviti-aktiviti di bawah Unesco termasuk menduduki kerusi Lembaga Eksekutif Unesco sebanyak lima kali, selain beberapa kali terpilih menganggotai sub organ badan dunia itu.

Muhyiddin berkata Malaysia sentiasa komited mendokong aspirasi dan komitmen Unesco dalam memperjuang keamanan serta kemakmuran sejagat melalui bidang-bidang kompetensinya.

Sebagai contoh, katanya, selaras dengan usaha Unesco menghapuskan ketidaksamaan gender, Malaysia telah menggubal Pelan Tindakan Nasional bagi Kemajuan Wanita (2009-2014) sebagai garis panduan pelaksanaan program integrasi wanita dalam pembangunan negara.

"Pada 2004 kerajaan telah mengumumkan dasar 30 peratus wanita perlu berada dalam jawatan tertinggi sektor awam. Impak daripada dasar tersebut peratusan penjawat awam wanita yang berada dalam jawatan yang tertinggi menunjukkan peningkatan iaitu 31.7 peratus pada 2012 berbanding 18.8 peratus pada 2004," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan juga telah mengumumkan dasar yang sama untuk sektor korporat membuktikan komitmen kerajaan dalam usaha memperkasa peranan wanita dalam pembangunan negara.

Beliau berkata perkongsian maklumat dan pengetahuan melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempunyai kuasa merubah ekonomi masyarakat, justeru kerajaan telah melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Negara pada 24 Mac 2010 bagi meluaskan capaian jalur lebar negara.

"Sehingga Ogos 2013 penggunaan jalur lebar telah meningkat kepada 67 peratus berbanding 56 peratus pada tahun 2010.

Peningkatan memberangsangkan ini meliputi 6.3 juta isi rumah di seluruh negara berbanding hanya 4.7 juta pada 2010," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan