Kerajaan Tidak Pernah Jamin Jumlah Bon Dan Pinjaman 1MDB - PM

Diterbitkan: Khamis, 3 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah menjamin jumlah bon dan pinjaman 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak RM38 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata hanya pinjaman bernilai RM5 bilion sahaja yang menerima jaminan kerajaan.

"Selain daripada itu, 1MDB tidak menerima jaminan dari kerajaan bagi pinjaman-pinjaman yang lain," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini Rabu.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan menjamin jumlah bon dan pinjaman 1MDB dan sama ada ia melebihi RM38 bilion.

Najib berkata 1MDB ialah satu syarikat strategik milik penuh kerajaan dan kerajaan telah memberikan suntikan ekuiti sebanyak RM1 juta semasa penubuhan syarikat berkenaan.

Katanya, pelaburan 1MDB kebanyakannya bersifat strategik dan merupakan aktiviti kerjasama di peringkat kerajaan ataupun kerajaan-kepada-kerajaan.

Najib berkata antara projek Kumpulan 1MDB ialah Tun Razak Exchange yang bernilai RM26 bilion yang mempunyai visi untuk membangunkan Kuala Lumpur sebagai hab kewangan dan ekonomi antarabangsa.

Beliau berkata projek itu kini berada dalam fasa pembinaan dan pemasaran. "Aset tenaga seperti Powertek Berhad dan Kuala Langat Power Plant Sdn Bhd dijangka akan terus menjana pertumbuhan negara," katanya.

Katanya, pelaburan 1MDB juga disalurkan secara terus kepada inisiatif tanggungjawab sosial korporat melalui Yayasan 1MDB yang menjadikan pendidikan, pembinaan kapasiti, pembangunan kemahiran dan lain-lain sebagai fokus meningkatkan taraf hidup rakyat.

"1MDB akan terus memikul mandat yang diberi kerajaan untuk menerajui inisiatif ekonomi strategik yang akan menghasilkan pembangunan jangka panjang yang mampan termasuk projek-projek sosial yang menekankan kemajuan modal insan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan