Bung Moktar Minta Lembaga Disiplin Pantau Pemilihan Bahagian Kinabatangan

Diterbitkan: Khamis, 3 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin meminta Lembaga Disiplin Umno turun padang bagi memantau calon yang bertanding di peringkat Bahagian Kinabatangan.

Bung Moktar yang juga Ketua Umno Bahagian Kinabatangan berkata beliau menerima aduan daripada perwakilan Umno di Kinabatangan mengenai ugutan yang diterima mereka yang mempunyai jawatan di peringkat kampung.

Beliau berkata mengugut para perwakilan yang mempunyai jawatan di peringkat kampung terutamanya ketua cawangan untuk diambil tindakan jika tidak menyokong adalah satu kesalahan dan melanggar perlembagaan parti.

"Aduan yang diterima mengatakan bahawa mana-mana ketua cawangan yang mempunyai jawatan di peringkat kampung yang tidak menyokong calon berkenaan yang bertanding di peringkat bahagian Kinabatangan ini akan diambil tindakan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Bung Moktar kesal dengan sikap calon terbabit yang menggunakan taktik itu yang disifatkan satu perbuatan kotor dan melanggar garis panduan berkempen pada pemilihan peringkat bahagian.

Tanpa menyatakan identiti calon terlibat, beliau berharap Lembaga Disiplin Umno membuat pemantauan dan seterusnya mengambil tindakan terhadap calon berkenaan.

Bung Moktar yang mempertahankan jawatan Anggota Majlis Tertinggi dan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan berkata pemantauan itu bagi memastikan tiada taktik kotor dilakukan untuk meraih undi perwakilan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan