Audit: Shabery Mahu Pegawai Kementerian Beri Laporan Tambahan

Diterbitkan: Khamis, 3 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau akan meneliti setiap laporan mengenai kementerian seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ahmad Shabery berkata beliau telah meminta pegawai kementerian itu untuk memberikan laporan tambahan bagi membolehkan beliau mengambil tindakan bersesuaian.

"Penelitian ini untuk membolehkan sebarang penjelasan dikemukakan jika perlu. Ini bukannya masa untuk menuding jari tetapi menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

"Sesuatu acara yang dibuat oleh kerajaan perlu dilihat secara holistik," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Khamis.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 juga menyentuh mengenai Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang menggunakan sejumlah RM2.94 juta untuk perbelanjaan keseluruhan bagi program Hari Belia itu, termasuk membelanjakan RM1.6 juta untuk pembayaran artis K-Pop sempena Himpunan Jutaan Belia 2012.

Berhubung perkara itu, Ahmad Shabery yang merupakan Menteri Belia dan Sukan pada masa itu, iaitu dari 2009 hingga Mei tahun ini, berkata: "Isu perbelanjaan konsert K-Pop yang dibangkitkan itu tidak sesuai ditimbulkan secara sendirian kerana ianya adalah sebahagian daripada 500 acara lain yang diadakan serentak selama lima hari sempena Himpunan Jutaan Belia 2012.

"Dalam ingatan saya, keseluruhan program ini mendapat tajaan yang banyak, sama ada dalam bentuk penganjuran ataupun wang tunai, dimana tunai sahaja lebih RM2 juta," katanya.

"Mungkin wang tunai itu tidak digunakan untuk membayar terus kepada K-Pop tetapi ia digunakan untuk program-program lain. Ini bermakna ia turut menjimatkan duit kerajaan," katanya sambil menambah bahawa K-Pop menambah impak atau profil program ini bagi menarik pengunjung dan sekaligus mendapat lebih banyak tajaan untuk program lain.

Menurutnya, beliau masih ingat bahawa laporan impak ekonomi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) yang menganggarkan keseluruhan Himpunan Jutaan Belia telah menjana kegiatan ekonomi lebih RM100 juta pada 2011 manakala lebih RM200 juta pada 2012.

"Sepatutnya Jabatan Audit perlu melihat dari segi kesan keseluruhan kepada sesuatu program bukan hanya melihat kepada satu-satu acara sahaja.

"Di sepanjang acara itu juga pelbagai peluang diwujudkan untuk peniaga seperti penyewaan kanopi, pengangkutan, jualan makanan, logistik, barang-barang cenderahati dan penginapan.

"Bagi saya Himpunan Jutaan Belia bukan sekadar K-Pop tetapi ia lebih daripada itu termasuk perkara membabitkan pembangunan modal insan, kerohanian, meningkatkan semangat kesukarelawanan, jalinan keusahawanan dan perpaduan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan