Seludup Rokok: Kastam Pertimbang Pindaan Akta Bolehkan Hukuman Penjara Mandatori Dikenakan

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Kastam 1967 mungkin akan dipertimbangkan bagi mengenakan hukuman penjara mandatori atas kesalahan menyeludup dan penjualan rokok seludup.

Hukuman yang lebih berat itu, adalah antara cadangan Kastam Diraja Malaysia bagi menangani aktiviti penyeludupan rokok yang dilapor menyebabkan negara kerugian kira-kira RM1.9 bilion cukai, tahun lepas.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata turut dicadangkan ialah pelaksanaan Program Transformasi Penguatkuasaan (PTP) iaitu rondaan mesra, pejabat kastam bergerak dan Sahabat Kastam bertujuan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan membanteras barang seludup.

"Turut akan diwujudkan ialah sistem pengurusan risiko komprehensif - National Targeting Canter (NTC) - yang akan dimasukkan ke dalam sistem U-Customs yang sedang dibangunkan oleh jabatan," menurutnya dalam kenyataan di sini Rabu.

Baru-baru ini dilaporkan Malaysia dianggar kehilangan hasil cukai sebanyak RM1.9 bilion tahun lepas akibat penggunaan rokok tidak sah dan kegiatan penyeludupan.

Anggaran itu terkandung dalam laporan yang disediakan bersama-sama International Tax and Investment Center (ITIC) dan Oxford Economics yang dikeluarkan dua hari lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan