Perdana Menteri Kanada Akan Melakukan Lawatan Rasmi Ke Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Kanada Stephen Harper akan melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Jumaat, atas jemputan rakan sejawatnya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata lawatan pertama Harper ke Malaysia atas kapasitinya sebagai perdana menteri akan membantu memperkukuh hubungan Malaysia dengan Kanada.

"Kedua-dua perdana menteri dijangka mengadakan mesyuarat dua hala mengenai pelbagai kerjasama dua hala, menumpukan pada perdagangan dan pelaburan dalam bidang minyak dan gas serta sektor pertanian, perladangan dan pengangkutan," katanya.

Pada majlis taklimat kepada pengamal media menjelang lawatan itu di sini pada Rabu, Anifah berkata fokus hubungan dua hala antara Malaysia dan Kanada telah beralih daripada berorientasikan produk kepada berasaskan pelaburan dua hala dengan pelaburan antara kedua-dua negara mencatatkan peningkatan ketara beberapa tahun lepas.

Menteri itu berkata lawatan itu bakal meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang keselamatan dan ketenteraan, perkara berkaitan kewangan dan pembabitan sektor swasta.

Kali terakhir perdana menteri Kanada melawat Malaysia ialah Jean Chretien yang menghadiri Sidang Kemuncak Apec di Kuala Lumpur pada 1998.

Lawatan peringkat tertinggi yang terakhir dari Malaysia ialah oleh bekas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada 2010. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan