Malaysia Menang Kerusi Dalam Majlis ICAO

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Malaysia memenangi kerusi Anggota Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi penggal 2013-2016 bagi kategori Bahagian III.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kejayaan itu diumumkan pada majlis pengundian anggota majlis ICAO di Montreal, Kanada semalam yang turut dihadiri wakil dari 191 negara.

"Kejayaan ini merupakan satu kebanggaan yang susah hendak digambarkan bagi Kementerian Pengangkutan.

"Saya mendapat ucapan tahniah daripada semua yang terlibat dalam industri itu (penerbangan) dan saya berharap kejayaan ini dapat melonjakkan lagi kedudukan kementerian ke tahap yang lebih tinggi dan baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri program Hari Ketua Pengarah JPJ Bertemu Pelanggan di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad.

Hishammuddin berkata, faktor kemenangan itu antaranya adalah kestabilan, keamanan dan tumpuan negara kepada agenda yang lebih luas.

"Kita bukan sahaja memberi tumpuan kepada negara sendiri, tetapi serantau sehingga ke peringkat antarabangsa, rantaian-rantaian itulah dan penghormatan dari negara lain, saya percaya memberikan sedikit kelebihan kepada kita," katanya.

Katanya usaha merebut kerusi majlis ICAO kali ini melihatkan persaingan sengit membabitkan 13 kerusi dipertandingkan dalam kalangan 191 negara anggota ICAO.

ICAO adalah sebuah badan khusus di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan pada 1944 untuk menggalakkan pembangunan dan keselamatan penerbangan awam di seluruh dunia.

Ia berpangkalan di Montreal, Kanada dan mempunyai tujuh pejabat serantau di seluruh dunia. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan