Keserasian Tiga Naib Presiden Umno Telah Terbukti - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (kanan) bersalaman dengan tetamu sewaktu menghadiri majlis Hari Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertemu Pelanggan di Kuala Terengganu, Rabu. -fotoBERNAMA
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (kanan) bersalaman dengan tetamu sewaktu menghadiri majlis Hari Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertemu Pelanggan di Kuala Terengganu, Rabu. -fotoBERNAMA

JERTIH: Keserasian tiga naib presiden Umno telah terbukti dalam memastikan Umno dapat kekal bergerak dalam satu entiti yang kukuh, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya kalau ada tuduhan mengatakan wujud pakatan antara beliau dan dua lagi naib presiden iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk mengekalkan jawatan itu, ia perlu dilihat dari segi keserasian.

"Kita bergerak dalam satu entiti yang kukuh, kalau itu dikatakan pakatan ia tidak dapat dinafikan kerana kita mempunyai keserasian dalam menempuh pelbagai cabaran," katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Bertemu Pelanggan di sini Rabu.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan berkata pengalamannya bersama-sama dua naib presiden sedia ada cukup banyak dan mereka sentiasa bekerjasama.

Pada Selasa Ahmad Zahid menafikan dakwaan wujud desakan terhadap perwakilan untuk mengekalkan tiga naib presiden sedia ada, pada pemilihan parti 19 Oktober ini.

Ahmad Zahid, Hishammuddin dan Shafie dicabar tiga individu iaitu Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.

Hishammuddin berkata pindaan perlembagaan parti pada 2009 berpaksikan prinsip demokrasi dan transformasi parti sekali gus memastikan kepimpinan parti ditentukan 146,500 perwakilan pada pemilihan kali ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan