Kadar Pengangguran Di Malaysia 3 Peratus

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran di Malaysia sehingga Ogos lalu adalah tiga peratus, bersamaan dengan 411,400 orang.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot berkata seramai 422,248 graduan telah mendaftar sebagai pencari kerja aktif di Jabatan Tenaga Kerja sepanjang tempoh itu.

"Daripada jumlah itu, seramai 233,065 pencari kerja aktif adalah siswazah dan kira-kira 189,183 bukan siswazah," katanya.

Bagi menangani masalah pengangguran di kalangan graduan, Richard berkata kementeriannya melalui 12 aktiviti Program Penempatan Pekerjaan (3P) komited melakukan penjodohan pekerjaan antara pencari kerja dan majikan yang menawarkan kekosongan jawatan.

"Penempatan ini berjaya dilakukan. Seramai 155,299 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan" katanya.

Menurut beliau, kementeriannya turut mewujudkan 17 pusat JobsMalaysia Centre (JMC) di seluruh negara bagi membantu graduan mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka.

"Mereka juga akan dibantu dalam mempersiapkan diri untuk menghadiri temu duga dan penyediaan resume," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan