Dakwaan Ijazah Palsu, Richard Pertahan Diri - Berita Semasa | mStar

Dakwaan Ijazah Palsu, Richard Pertahan Diri

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Richard Riot
Richard Riot

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Rabu bertukar kecoh apabila Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot membidas dakwaan anggota Parlimen pembangkang berhubung isu ijazah palsu.

Richard menggunakan Dewan Rakyat sebagai ruang untuk mempertahankan dirinya walaupun beliau sepatutnya menjawab soalan lisan yang diajukan kepada kementeriannya.

"Saya ingin menegaskan di sini ijazah saya bukan palsu. Oleh itu, saya pertahan diri saya. Saya bekerja kuat untuk menuntut ilmu sepanjang hayat kerana ia amat penting bagi saya," katanya.

Richard bertindak demikian selepas mengatakan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen telah menunding jari ke arahnya apabila isu ijazah palsu disebut.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee cuba menenangkan dewan tetapi tidak diendahkan Richard dan beberapa anggota Parlimen pembangkang yang terus membidas beliau.

"Kembali ke soalan jawapan Yang Berhormat. Masa kita terhad, ahli-ahli Dewan ramai lagi...Boleh jawab Yang Berhormat," kata Ronald.

Ahli Parlimen Serian itu berkata, beliau telah mendapat Doktor Falsafah (PhD) dari Kuala Lumpur Infrastructure University College pada Julai lalu.

"Kalau Ahli Parlimen Kuching tidak menunjuk jarinya, saya tidak akan menjawab isu itu. Apa yang saya lakukan adalah untuk pertahan diri saya," kata Richard.

Sebelum ini, Richard turut menafikan dakwaan tersebut dengan menegaskan beliau memiliki ijazah dan sarjana dalam bidang sumber manusia dari University of Hertfordshire.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan