BR1M Tetap Diteruskan - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu terus memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan tertentu yang memerlukan seperti dirancang sebelum ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata BR1M boleh menjana ekonomi setempat kerana wang tunai yang diberikan akan digunakan untuk membeli barangan sekaligus meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan.

"BR1M bukan hanya wang tunai untuk ringankan beban tetapi sedikit sebanyak beri kesan positif ke atas pertumbuhan ekonomi dan penggunaan domestik," katanya kepada media selepas merasmikan majlis Kongres BankTech Asia 2013 di sini, Rabu.

Ahmad berkata kedai runcit, pasar tani, pasar malam dan pusat membeli belah akan turut menerima kesan positif daripada program BR1M.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang berpendapat BR1M tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata jalan penyelesaian mesti dicari supaya rakyat tidak terus bergantung kepada kerajaan seperti melatih golongan berkenaan mendapatkan sumber pendapatan sendiri.

Ahmad berkata kerajaan telah menyediakan pelbagai kursus latihan kemahiran melalui agensi-agensi sedia ada seperti pusat-pusat latihan termasuk Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Negara dan GiatMara. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan