Bekas MP Bayan Baru Terima Watikah Pelantikan Duta Besar Malaysia Ke Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan pengurnian watikah perlantikan Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed di Istiadat perlantikan Duta Malaysia ke Negara Asing di Istana Negara, Kuala Lumpur, Rabu. -fotoBERNAMA
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan pengurnian watikah perlantikan Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed di Istiadat perlantikan Duta Malaysia ke Negara Asing di Istana Negara, Kuala Lumpur, Rabu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Bekas anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada Rabu menerima watikah tauliah pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Datuk Naimun Ashakli Mohammad yang dilantik sebagai Duta Malaysia ke India.

Menurut kenyataan Wisma Putra, watikah pelantikan itu telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, pagi Rabu.

Zahrain merupakan Pengerusi Hongkew Holdings Sdn Bhd dan juga penaung kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Pembangunan Kaum India Pulau Pinang, Pertubuhan Pembangunan dan Kebajikan Rakyat Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Sahabat Islam.

Naimun Ashakli pula merupakan pegawai kanan Kementerian Luar, berkhidmat sejak 1981 dan kini bertindak sebagai Ketua Protokol di kementerian itu.

Beliau berpengalaman menyandang beberapa jawatan penting, antaranya sebagai Duta Besar Malaysia ke Bahrain dari 2003 hingga 2007, disusuli Sepanyol sehingga 2011, selain pernah berkhidmat sebagai perwakilan Malaysia di New Zealand, Zimbabwe dan Afrika Selatan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan