Anak Tunku Abdul Rahman Terima Ijazah Sarjana Falsafah

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Pro Canselor Universiti Malaya mengurniakan Ijazah Sarjana Falsafah kepada anak bekas Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra pada majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) 2013 di Kuala Lumpur pada Selasa. Seramai 560 orang graduan menerima ijazah masing-masing pada hari kedua majlis konvokesyen tersebut.
Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Pro Canselor Universiti Malaya mengurniakan Ijazah Sarjana Falsafah kepada anak bekas Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra pada majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) 2013 di Kuala Lumpur pada Selasa. Seramai 560 orang graduan menerima ijazah masing-masing pada hari kedua majlis konvokesyen tersebut.

KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perak yang juga Tuanku Pro-Canselor Universiti Malaya (UM), Raja Dr Nazrin Shah menyampaikan ijazah sarjana falsafah kepada Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra, anak ketiga perdana menteri pertama yang juga Canselor pertama UM.

Tunku Noor Hayati, 46, menerima ijazah sarjana falsafah dari Institut Pengajian Siswazah, UM pada hari kedua istiadat konvokesyen UM kali ke-52 di Dewan Tunku Canselor, UM di sini, Selasa.

Ketika ditemui selepas menerima ijazah, Tunku Noor Hayati menyifatkan ijazah sarjana yang diterima sangat bermakna.

Ini kerana istiadat konvokesyen berlangsung dalam Dewan Tunku Canselor yang dirasmikan oleh Almarhum ayahandanya sendiri pada tahun 1966.

"Saya sunggguh bangga dengan kejayaan ini," tambah anak ketiga daripada empat beradik itu.

Selain Tunku Noor Hayati, Raja Nazrin turut menyampaikan ijazah kehormat kepada tiga personaliti yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) Irina Bokova yang berasal dari Bulgaria menerima Ijazah Kehormat Doktor Kemanusiaan.

Bokova diwakili Pengarah Biro Sains Rantau Asia dan Asia Pasifik Unesco yang berpusat di Jakarta, Dr Hubert Gijzen untuk menerima ijazah kehormat berkenaan.

Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim pula menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan sementara arkitek kelahiran Malaysia, Datuk Ar. Dr Kenneth Yeang King Mun yang mencipta nama di arena antarabangsa menerima Ijazah Kehormat Doktor Seni Bina.

Sebanyak 560 graduan UM menerima ijazah pada hari kedua istiadat Konvokesyen UM hari ini. Jumlah keseluruhan graduan bagi istiadat konvokesyen UM kali ini ialah 4,449 orang.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan