Ahmad Zahid Nafi Wujud Desakan Kekal Tiga Naib Presiden Umno

Diterbitkan: Rabu, 2 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan wujud desakan terhadap perwakilan untuk mengekalkan tiga naib presiden parti itu pada pemilihan Oktober ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyifatkan dakwaan itu sebagai spekulasi semata-mata kerana jawatan naib presiden parti memang terbuka untuk ditandingi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini ketika mengulas dakwaan penulis buku dan blogger (Shahbudin Husin) yang disiarkan dalam beberapa portal berita bahawa terdapat kempen dalam parti supaya tiga naib presiden Umno sedia ada, dikekalkan.

Ahmad Zahid dan dua lagi penyandang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal dicabar tiga individu iaitu Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad pada pemilihan parti 19 Oktober ini.

Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa beliau akan mematuhi garis panduan yang ditetapkan jawatankuasa pemilihan parti dalam berkempen, dan semua calon yang bertanding seharusnya melakukan perkara sama.

"Kita hanya bertemu dengan perwakilan dalam majlis, terutama yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri-Negeri," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan