Zairil Dilantik Semula Pengerusi Interim DAP Kedah

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zairil Khir Johari. Foto NORAFIFI EHSAN / THE STAR
Zairil Khir Johari. Foto NORAFIFI EHSAN / THE STAR

KUALA LUMPUR: DAP pada Isnin melantik semula Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari sebagai Pengerusi Interim parti negeri Kedah.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, pelantikan semula itu selepas pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti pada Ahad.

“Zairil sebenarnya sudah pun dilantik sebagai Pengerusi Interim DAP Kedah sebelum ini pada Mei lalu, tetapi kita melantik beliau semula selepas kita mengadakan pemilihan semula CEC semalam (Ahad),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, Isnin.

Pada 30 Julai lalu, Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula kesemua kerusi dalam CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan parti berhubung isu yang melibatkan pemilihan CEC.

Menurut Lim, pemilihan semula CEC pada Ahad turut memutuskan supaya menubuhkan Jawatankuasa Perlembagaan DAP yang diketuai oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan parti, Anthony Loke.

“Penubuhan jawatankuasa ini bertujuan untuk perancangan dalam membuat perubahan terhadap perlembagaan parti mengikut perkembangan semasa.

“Pada masa ini, kita melihat dalam pemberian notis oleh pihak parti. Sekarang ini adalah zaman ‘Internet’ jadi kita tidak perlu tempoh yang panjang untuk memberi notis kepada para perwakilan,” katanya.

Sementara itu, Loke berkata, konvensyen parti negeri akan diadakan bermula dari 30 November sehingga 12 Januari tahun depan.

“Konvensyen negeri pada 30 November akan diadakan di Negeri Sembilan, diikuti 1 Disember di Pulau Pinang dan Perlis.

“Selepas itu, di Melaka (7 Disember), Perak (8 Disember), Pahang (14 Disember), Selangor dan Kuala Lumpur (15 Disember), Sabah (11 Januari 2014) dan Johor (12 Januari 2014),” katanya.

Loke berkata, konvensyen negeri hanya boleh dilakukan bermula 30 November disebabkan oleh perlembagaan parti yang menetapkan supaya perlu memberikan notis lapan minggu kepada para perwakilan sebelum ia diadakan.

Beliau menjelaskan bahawa kebiasaannya konvensyen negeri diadakan pada setiap Ahad dalam tempoh dua bulan.

“Tetapi disebabkan oleh ROS mengarahkan supaya pemilihan CEC diadakan semula, maka kesannya kami terpaksa mengadakan konvensyen negeri ini berturut-turut dalam tempoh lima minggu pada Sabtu dan Ahad,” katanya.

Ditanya mengenai status konvensyen negeri di Sarawak dan Kedah, Loke berkata, Sarawak sudah pun mengadakan konvensyen pada Jun lalu manakala tarikh konvensyen negeri di Kedah akan ditetapkan kemudian berikutan Zairil baru sahaja dilantik semula sebagai Pengerusi Interim parti negeri.

“Kita melantik semula Zairil untuk mengetahui jawatankuasa interim di Kedah dan ada tempoh enam bulan untuk menetapkan tarikh bilakah konvensyen di negeri itu akan diadakan,” katanya.

Zairil juga merupakan wakil tunggal Melayu yang dipilih menyertai kepimpinan tertinggi DAP pada pemilihan semula CEC parti pada Ahad.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan