Selangor Hanya Belanja 31 Peratus Peruntukan Pembangunan Kerajaan Pusat - Noh Omar

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor setakat ini hanya membelanjakan 31 peratus daripada RM2.8 bilion peruntukan pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan bagi tahun ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS) Datuk Seri Noh Omar berkata kadar itu jauh lebih rendah berbanding 59 peratus yang patut dibelanjakan menjelang bulan ini.

"Selangor bukan di bawah BN (Barisan Nasional), jadi timbul beberapa masalah dari segi pelaksanaan projek pembangunan di negeri ini," katanya dalam sidang media di sini, Selasa.

Bagi melancarkan pelaksanaan projek serta program pembangunan persekutuan di Selangor, Noh berkata semua 12 anggota dewan undangan negeri dan dua anggota parlimen BN termasuk beliau, dilantik sebagai pengerusi penyelaras pelaksanaan program dan projek Persekutuan di negeri itu.

Beliau berkata tugas setiap pengerusi penyelaras adalah memantau dan menilai projek pembangunan di Selangor yang dijalankan oleh kementerian di peringkat persekutuan.

"Pengerusi ini juga akan membantu 44 jabatan termasuk agensi kerajaan persekutuan di Selangor bagi memastikan setiap projek serta program pembangunan yang dilaksanakan kerajaan pusat memberi manfaat kepada pembangunan negeri ini," katanya.

Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang berkata matlamat utama pelantikan pengerusi penyelaras itu juga bagi memastikan semua peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat di Selangor benar-benar dapat dilaksanakan dan memberi kesan kepada pembangunan negeri Selangor.

"Kita harapkan rakyat Selangor dapat melihat, menilai dan menghargai sumbangan yang dilakukan oleh kerajaan pusat walaupun negeri ini ditadbir oleh pembangkang," kata Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan