PM Tiba Di Tanah Air Selepas Melawat Amerika Syarikat

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di tanah air malam Selasa selepas melakukan lawatan ke Amerika Syarikat dari 22 hingga 29 September lepas.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba dengan pesawat khas di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 7 malam.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beberapa pemimpin kerajaan serta parti komponen Barisan Nasional (BN) menyambut ketibaan perdana menteri dan isteri.

Dalam lawatannya ke Amerika Syarikat, perdana menteri mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke-68 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat.

Beliau menyampaikan kenyataan pada Mesyuarat Peringkat Tertinggi Perhimpunan Agung PBB mengenai Perlucutan Senjata Nuklear pada 26 September dan Kenyataan Negara Malaysia dalam Debat Umum pada 28 September.

Selain itu, Najib turut menyampaikan ucaptama pada majlis Asia Society serta mengadakan perjumpaan dengan tokoh industri utama negara Asean dan Amerika Syarikat semasa majlis makan tengah hari bersama US-Asean Business Council dan US Chamber of Commerce, selain menghos jamuan malam bersama rakyat Malaysia di New York.

Sebelum itu, Najib mengadakan lawatan kerja ke San Francisco bagi menghadiri mesyuarat agung tahunan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC).

Beliau mempengerusikan mesyuarat ke-3 GSIAC itu dan merasmikan forum peringkat tertinggi mengenai teknologi hijau yang disertai anggota majlis antarabangsa dan kebangsaan yang merupakan pakar global dalam sains dan inovasi.

GSIAC diasaskan oleh perdana menteri pada 2010 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan beliau untuk mentransformasi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dengan mempertingkatkan keupayaan Malaysia dalam bidang sains dan inovasi.

Ketika di San Fransisco, Najib telah menghadiri mesyuarat ke-7 Panel Penasihat Antarabangsa Bioteknologi (BIO-IAP) dan melawat Silicon Valley, termasuk melakukan lawatan ke ibu pejabat Google, Twitter dan turut mengadakan pertemuan peribadi dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg di ibu pejabat media sosial gergasi itu di Menlo Park. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan