Pengamal Perubatan Tradisional & Komplementari Perlu Berdaftar Dengan Majlis - Dr Hilmi

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para pengamal perubatan tradisional dan komplementari akan didaftarkan di bawah Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari apabila ia dikuatkuasakan kelak.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata kelayakan para pengamal perubatan berkenaan akan dinilai melalui pendaftaran itu.

"Justeru, pihak Majlis akan dapat mengenal pasti pakar-pakar yang berpengalaman dan berkemahiran bagi setiap bidang amalan yang telah didaftarkan," katanya menjawab soalan Datuk Zahidi Zainul Abidin (BN-Padang Besar) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Zahidi ingin tahu bilangan pakar perubatan tradisional Melayu-Islam yang diiktiraf oleh kementerian selain kerjasama yang dijalinkan antara mereka dengan kerajaan.

Majlis perubatan itu ditubuhkan selaras dengan pewartaan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2013 yang diluluskan Disember lepas.

Dr Hilmi berkata kementerian telah mengenal pasti enam bidang amalan utama di bawah perubatan tradisional dan komplementari iaitu perubatan tradisional Melayu, perubatan tradisional India, perubatan tradisional Cina, perubatan Islam, homeopati dan terapi komplementari.

Dalam pada itu, beliau menafikan perubatan Melayu-Islam kurang diberi perhatian malah menegaskan kementerian sentiasa bersifat telus dan adil serta sentiasa menyokong usaha mereka selagi tidak bercanggah dengan polisi kerajaan.

Kerjasama yang dijalankan termasuk bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam dan pengamal perubatan Islam yang berpengalaman dan layak dalam pembentukan garis panduan amalan perubatan Islam. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan