Pemilihan CEC: Status Quo Bukti Tiada Penipuan Sebelum Ini - Guan Eng

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Status quo yang dikekalkan oleh para perwakilan dalam keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Ahad menunjukkan tiada penipuan dalam pemilihan yang berlangsung pada Disember tahun lalu, kata Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, keputusan untuk mengekalkan 20 calon yang sama sepertimana pemilihan sebelum ini telah dibuat oleh para perwakilan.

"Mereka (perwakilan) membuat keputusan yang bijaksana bahawa 20 orang (calon) yang telah dipilih pada 2012 merupakan orang yang sama dipilih pada tahun ini.

"Ini menunjukkan tiada sebarang penipuan yang berlaku dalam pemilihan lalu.

"Kesemua pemilihan dijalankan secara bersih," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, Isnin.

Beliau mengulas mengenai keputusan semula pemilihan CEC parti yang tidak menunjukkan perubahan mahupun kejutan apabila perwakilan mengekalkan senarai 20 calon yang sama sepertimana pemilihan lalu yang dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Pada 30 Julai lalu, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula kesemua kerusi dalam CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan parti berhubung isu yang melibatkan pemilihan CEC.

Dalam pada itu, Guan Eng menegaskan bahawa parti menghormati keputusan para perwakilan meskipun terdapat persepsi antara lain bahawa DAP merupakan parti anti Melayu.

"Bagaimanapun, kita tetap akan berusaha untuk mengurangkan persepsi sedemikian. Kita akui bahawa kita masih perlu bekerja lagi dalam usaha ini (menangkis persepsi tersebut).

"Kita akan cuba bersihkan (persepsi) dalam masa lima atau enam bulan lagi," katanya.

Persepsi DAP sebagai anti Melayu semakin hangat diperkatakan apabila keputusan pemilihan semula CEC pada Ahad tetap menyaksikan hanya seorang sahaja wakil Melayu yang dipilih menyertai kepimpinan tertinggi parti itu.

Ia diwakili oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng iaitu Zairil Khir Johari yang menduduki tempat ke-12 dengan memperoleh 1,132 undi.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan