Pairin Menang Tanpa Bertanding Presiden PBS

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENAMPANG: Timbalan Ketua Menteri dan pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menang tanpa bertanding jawatan presiden parti selepas pencalonan ditutup pada Isnin.

Ketika mengumumkannya pada SElasa, pengerusi jawatankuasa pemilihan PBS Datuk Johnny Mositun berkata Pairin menerima pencalonan daripada kesemua 57 bahagian PBS, membuktikan keyakinan berterusan terhadap beliau untuk menerajui parti.

Dalam apa yang dilihat sebagai saingan paling sengit, kesemua tiga penyandang timbalan presiden berdepan cabaran kali ini, katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti di Donggongon di sini.

Mositun berkata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang juga penyandang timbalan presiden di bawah kuota Bumiputera bukan Islam, dicabar setiausaha agung Datuk Henrynus Amin.

Beliau berkata Ongkili, yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti sebelum ini, mendapat 32 pencalonan manakala Henrynus memperoleh pencalonan daripada 20 bahagian.

Bagi kuota Bumiputera Islam, tiga orang layak bertanding iaitu penyandang timbalan presiden Datuk Almudin Kaida dengan 17 pencalonan; Ketua Wanita Senator Datuk Jamilah Sulaiman dengan 26 pencalonan; dan, Rakam Sijim dengan tujuh pencalonan.

Jawatan timbalan presiden di bawah kuota Cina akan turut menyaksikan pertandingan tiga calon yang memperoleh cukup pencalonan iaitu penyandang Datuk Dr Yee Moh Chai (33), Datuk Edward Yong Oui Fah (17) dan Datuk Thien Fui Yun (three).

Mositun berkata jawatan Ketua Pemuda berkemungkinan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandang Datuk Jahid Jahim dengan 45 pencalonan dan Datuk Jikulin Nointin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan