Muhyiddin Mahu Krisis Dalaman Parti Dalam BN Diselesaikan Segera

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melakukan simbolik pelancaran Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kepayan Ridge di Kota Kinabalu pada Selasa. Turut sama, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan (tiga dari kiri). -Foto BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melakukan simbolik pelancaran Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kepayan Ridge di Kota Kinabalu pada Selasa. Turut sama, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan (tiga dari kiri). -Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu masalah dalaman parti di Sabah, Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan MCA diselesaikan dengan baik secepat mungkin demi kepentingan memelihara keharmonian dalam gabungan Barisan Nasional (BN).

Sambil melahirkan kebimbangannya terhadap krisis kepimpinan dalam parti-parti berkenaan, timbalan pengerusi BN itu berkata beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya berbincang dengan parti-parti itu sama ada wujud kemungkinan untuk berdamai atau menyelesaikan masalah dan mencapai persefahaman untuk mengatasinya.

"Kita amat bimbang apa yang berlaku dalam LDP dan beberapa parti kaum Cina, SUPP di Sarawak dan MCA di Semenanjung. "Sedikit sebanyak kesemua parti ini sedang menghadapi masalah dalaman yang amat serius termasuk LDP di Sabah. Saya diberitahu mengenai masalah dalaman serius yang mereka hadapi, terutama AGM (mesyuarat agung tahunan) mereka," katanya kepada pemberita selepas melakukan pecah tanah bagi projek Program Perumahan Rakyat di Kepayan Ridge, dekat sini, pada Selasa.

Yang turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahaan Negeri Datuk Hajiji Mohd Noor.

Muhyiddin ditanya sama ada kepimpinan BN akan campur tangan untuk menyelesaikan krisis kepimpinan dalam LDP, yang melibatkan penyandang Presiden LDP Datuk VK Liew dan satu lagi puak yang diketuai timbalannya Datuk Chin Su Phin, dan Setiausaha LDP Datuk Teo Chee Kang. Krisis kepimpinan LDP itu tercetus baru-baru ini selepas Teo mengumumkan bahawa beliau akan bertanding jawatan presiden. Presiden parti VK Liew kemudian memecat Teo kerana didakwa melanggar perlembagaan parti dan gagal mematuhi arahan anggota majlis tertinggi.

Liew dipetik sebagai menegaskan bahawa mesyuarat majlis tertinggi pada 9 Jun telah memutuskan bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden tidak akan ditandingi untuk mengelakkan perpecahan dalam kalangan anggota, dan minit mesyuarat direkodkan oleh Teo, yang juga Menteri Tugas-tugas Khas dalam Jabatan Ketua Menteri.

Muhyiddin berkata beliau belum lagi diberitahu sama ada Tengku Adnan berjaya dalam misinya untuk mencari penyelesaian secara baik terhadap masalah itu.

Muhyiddin berkata bukan menjadi dasar BN untuk campur tangan dalam masalah parti-parti komponen, bagaimanapun ada juga parti sebelum ini meminta para pemimpin kebangsaan menjadi pengantara. "Dalam hal ini, mereka harus boleh mencapai sedikit persefahaman untuk menyelesaikan masalah mereka kerana akhirnya, perkara ini bukan hanya menjejaskan parti masing-masing tetapi juga meletakkan BN turut berdepan dengan risiko," katanya.

"Ini kerana bila anda menghadapi krisis dengan kurangnya persefahaman dan kerjasama, imej parti di mata rakyat juga menjadi tidak baik, dan dalam jangka panjang ia tidak memberi apa-apa manfaat kepada BN," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan