Mahathir Nafi Dakwaan DEB Untuk Kroni

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) memanfaatkan kroni dan hanya memfokus kepada satu kaum tertentu.

Beliau berkata dasar itu, yang diperkenal pada 1971, berperanan menangani pengagihan kekayaan tidak seimbang yang dihadapi pelbagai kumpulan etnik di negara ini.

"DEB bukan tentang kronisme. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan usaha bagi mengagih kekayaan kepada semua orang (menerusi DEB). "Tiada sesiapa yang akan kehilangan apa-apa daripada dasar ini malah akan mendapat faedah daripada pertumbuhan ekonomi negara serta berkongsi hasilnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelayaran sulung Kapal MV Arca Emerald di Northport pada Isnin.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Kapal yang boleh memuatkan kira-kira 4,000 kenderaan pada satu-satu masa itu hari ini belayar ke Sabah dan Sarawak dari Dermaga 21. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan