Langkah Kurangkan Kes Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sutinah Sutan
Sutinah Sutan

PUTRAJAYA: Majikan dan firma mereka akan bertanggungjawab terhadap pekerja yang didapati bersalah menerima atau memberi rasuah merupakan cadangan tambahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sutinah Sutan berkata ahli lembaga pengarah, ketua pegawai eksekutif dan syarikat terbabit akan bertanggungjawab terhadap rasuah yang diberikan oleh pekerja mereka di bawah 'liabiliti korporat' baru yang akan dimasukkan dalam peruntukan undang-undang akta pencegahan rasuah tersebut.

"Sebelum ikni, hanya pegawai atau kakitangan syarikat sahaja yang terlibat sahaja dikenakan tindakan di bawah akta berkenaan.

"Kami berharap dengan peruntukan baru ini akan memberi kami lebih banyak ruang untuk bertindak terhadap syarikat yang terlibat itu sendiri," katanya ketika menjelaskan sama ada SPRM akan mengambil tindakan terhadap syarikat multi-nasional atau domestik tanpa mengira negara asal mereka.

Mengambil contoh satu kes di Jerman, Sutinah berkata syarikat elektronik dan kejuruteraan Siemens terpaksa membayar denda yang tinggi kerana merasuah pegawai kerajaan dari negara yang lain.

Beliau menambah pada ketika ini, peruntukan tersebut masih diperingkat cadangan dan Jabatan Peguam Negara sedang mengkaji kesesuaian peruntukan tersebut dalam akta SPRM. "Sebaik sahaja diluluskan di Parlimen, ia akan memberi tanda aras yang baru dalam usaha negara memerangi gejala rasuah," katanya dalam satu temubual sempena ulang tahun ke-46 SPRM di ibu pejabatnya.

Sutinah berkata SPRM telah mencadangkan kepada kerajaan untuk meminda Akta SPRM termasuk peruntukkan di bawahnya.

Pada ketika ini beliau berkata, suruhanjaya berkenaan tidak boleh mendakwa syarikat yang terlibat dengan rasuah dengan undang-undang hanya membenarkan individu yang terlibat sahaja boleh dikenakan tindakan.

Menyentuh mengenai cabaran yang dihadapi oleh SPRM, Sutinah berkata suruhanjaya itu mendapati 75 peratus individu sedia membuat laporan mengenai gejalan rasuah namun hanya sebahagian kecil sahaja berani tampil sebagai saksi untuk memberikan keterangan.

"Kita perlu kenyataan kolaborasi daripada saksi bagi memastikan kes tersebut mempunyai bukti kukuh.

"Kes berkenaan mesti melebihi tahap keraguan yang munasabah bagi memastikan dakwaan yang dibuat adalah benar," katanya sambil menambah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat memberikan ruang kepada pemberi maklumat dan saksi perlindangan terhadap gangguan dan ugutan daripada pihak yang dituduh.

Sutinah mendedahkan sebanyak 18 mahkamah khas diwujudkan bagi mendengar kes berkaitan rasuah sejak ia diwujudkan pada 2011 dan pendakwaan meningkat sebanyak 89 peratus sejak Jun tahun ini.

"Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan yang lebih cepat. Berbanding sebelum 2011, satu kes mengambil masa lima hingga tujuh tahun untuk diselesaikan namun kini ia mengambil masa kurang daripada setahun," katanya.

Sutinah berkata SPRM telah menyiasat 5,496 kes tahun lalu, 6,475 pada 2011, 5,646 pada 2010 dan 5,936 pada 2009.

Beliau berkata SPRM menerima antara 12,000 dan 13,000 laporan berkaitan dengan rasuah setiap tahun namun hanya separuh daripada jumlah berkenaan merupakan kes rasuah yang sebenar.

Tambahnya sejak 2009, SPRM telah melaksanakan program transformasi merangkumi bahagian operasi, sumber manusia dan pencegahan.

Sutinah berkata siasatan SPRM adalah berdasarkan penyiasatan secara berkumpulan, yang memendekkan jangka masa siasatan.

"Satu kes boleh diselesaikan dalam tempoh sebelum kerana adanya kumpulan berbanding seorang individu bertanggungjawab terhadap satu kes penyiasatan.

"Sebelum ini, satu kes mengambil masa selama dua hingga tiga tahun untuk diselesaikan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan