Khazanah Nasional Bhd Laksana Peranan Berkesan - Ketua Audit Negara

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Audit Negara memperakui prestasi kewangan Khazanah Nasional Bhd telah memenuhi peranannya secara berkesan sebagai pemangkin pelaburan dalam sektor strategik di dalam dan luar negara.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa, prestasi kewangan Khazanah bagi tahun kewangan 2009, 2010, 2011 dan 2012, adalah baik dan syarikat mencatatkan pendapatan komprehensif tahunan masing-masing berjumlah RM640.7 juta, RM1.215 bilion, RM5.692 bilion dan RM1.562 bilion.

Pelaburan Khazanah tertumpu kepada industri kewangan, media dan komunikasi, utiliti, teknologi maklumat dan pengangkutan.

"Setakat 31 Disember 2011, Khazanah mempunyai pegangan langsung dalam 86 syarikat subsidiari, termasuk syarikat tujuan khas (SPV) dan pelaburan dalam 13 syarikat bersekutu yang masing-masing berjumlah RM25.048 bilion dan RM22.189 bilion," demikian menurut laporan itu.

Pendapatan utama Khazanah adalah hasil dividen daripada pelaburan dalam syarikat subsidiari, syarikat bersekutu dan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia manakala perbelanjaan utama Khazanah adalah emolumen, perbelanjaan faedah dan peruntukan kerugian rosot nilai pelaburan.

Menurut laporan itu, secara keseluruhannya didapati aliran tunai Khazanah adalah stabil bagi tempoh empat tahun berturut-turut, serta prestasi pelaburannya adalah baik dan setakat 31 Dis 2012, Nilai Aset Direalisasikan (RAV) syarikat berjumlah RM13.177 bilion (12.2 peratus) berbanding RM108.194 bilion yang dicatatkan pada 2011.

Selain pelaburan dalam Malaysia, sebanyak 10.5 peratus portfolio adalah pelaburan di luar negara seperti di India, China, Singapura, Timur Tengah dan lain-lain.

Ketua Audit Negara dalam laporan yang sama menyatakan bahawa semakan audit terhadap prestasi pelaburan Khazanah berbanding sasaran yang ditetapkan mendapati Khazanah berjaya mencapai sasaran bagi aliran masuk penjualan di mana pada 2009 sejumlah RM3.1 bilion aliran masuk penjualan direkodkan berbanding RM1.6 bilion yang disasarkan.

Ketua Audit Negara berkata untuk memastikan Khazanah mematuhi semua proses pelaburan dan penjualan yang ditetapkan, pihak audit telah membuat semakan terhadap enam fail pelaburan dan lima fail penjualan, yang masing-masing bernilai RM5.288 bilion dan RM2.147 bilion.

Ketua Audit Negara turut mengesyorkan agar pengurusan Khazanah memastikan semua aset yang dibeli oleh syarikat digunakan seperti mana justifikasi perolehannya serta bagi aset yang belum digunakan perlu disimpan dengan sewajarnya untuk memastikan nilai dan kualiti aset terpelihara.

Khazanah Nasional Bhd, pemegang pelaburan strategik kerajaan persekutuan memiliki pelaburan dalam lebih 50 syarikat besar dari pelbagai industri, baik di Malaysia mahupun di luar negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan