Kerajaan Rugi RM4.89 Juta JKR Gagal Tuntut Balik Bayaran Pendahuluan

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM4.89 juta akibat kegagalan Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat tuntutan daripada pihak bank/syarikat insurans terhadap tiga projek yang dimansuhkan.

Laporan itu, yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa, menyatakan ia tidak sepatutnya berlaku sekiranya JKR sentiasa membuat pemantauan terhadap bayaran pendahuluan dan mengambil tindakan segera.

Laporan itu menyebut baki wang pendahuluan yang gagal dituntut balik ialah bagi projek menaik taraf laluan persekutuan 50, Batu Pahat-Ayer Hitam, Kluang, Johor oleh kontraktor Pintasan Jaya Sdn Bhd bernilai RM3.41 juta.

Dua lagi projek ialah projek pembinaan asrama dan dewan makan di Sekolah Menengah Seri Nering, Besut, Terengganu oleh kontraktor IT Industries Sdn Bhd bernilai RM780,000 dan projek pembinaan perpustakaan dan kompleks asrama UiTM Perlis oleh kontraktor YMY Resources Sdn Bhd bernilai RM700,000.

Dalam maklum balasnya, JKR mengakui baki bayaran balik wang pendahuluan tidak dapat dituntut kerana tempoh sah laku jaminan telah luput semasa tuntutan dibuat akibat kekangan masa selain beberapa masalah timbul ketika proses penamatan kontrak termasuk pertukaran serta ketiadaan pegawai yang dikatakan antara punca kelewatan tuntutan dibuat.

Menurut laporan audit itu, secara keseluruhannya pentadbiran kontrak bagi projek Jabatan Kerja Raya (JKR) di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) kurang memuaskan.

Laporan itu menyatakan terdapat beberapa kelemahan dari segi pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan seperti syarat kontrak tidak selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan, ketidakseragaman dalam penggunaan borang kontrak piawaian serta kecacatan projek yang lambat diperbaiki.

Bagi menangani dan mengelak daripada mengulangi masalah sama, Audit mengesyorkan agar JKR memastikan syarat kontrak sentiasa selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan