Keracunan Makanan Di Tanjung Dawai: Lebih 170 Orang Terima Rawatan - Berita Semasa | mStar

Keracunan Makanan Di Tanjung Dawai: Lebih 170 Orang Terima Rawatan

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Lebih 170 orang yang mengalami keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin di sebuah rumah di Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas sehingga berlaku tiga kematian pada Isnin, telah dan sedang dirawat di tiga hospital berdekatan.

Sehingga kini, yang paling ramai ialah di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini iaitu 114 orang, manakala sembilan mangsa menerima rawatan di Hospital Pantai Sungai Petani dan 49 orang di Hospital Yan.

Anggota Parlimen Merbok Prof Dr Ismail Daut berkata daripada 114 orang itu, 78 daripada mereka telah dibenar pulang dari HSAH.

"Kebanyakan daripada mangsa terdiri daripada warga emas manakala kanak-kanak seramai 14 orang," katanya ketika melawat mangsa yang dirawat di HSAH, Selasa.

Beliau berkata kebanyakan mangsa mengalami cirit-birit dan kekurangan air dalam badan sejak awal pagi semalam.

Sementara itu, jurucakap Hospital Yan pula berkata seramai 49 orang masih dirawat di hospital itu dan kebanyakan mereka dilaporkan stabil.

Semalam, tiga dilapor maut ekoran keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Tanjung Dawai Sabtu lepas.

Nurshazana Mohd Rashid, 24, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 12.45 tengah hari manakala Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia kira-kira 1 tengah hari ketika dirawat di Hospital Yan.

Mangsa ketiga, Ibrahim Mohammad, 62, yang berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu meninggal dunia pada pukul 6.30 petang di HSAH.

Ismail berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung kejadian itu.

"Berdasarkan makluman mangsa dan tuan rumah sendiri, tiada unsur khianat wujud. Namun, kami serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan," katanya.

Ismail berkata pihak berkuasa termasuk Jabatan Kesihatan negeri sedang menjalankan siasatan mengenai punca kejadian. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan