Gangguan Air Di KL, Gombak Pada 7 & 8 Oktober Ini

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) memaklumkan beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 7 dan 8 Oktober ini.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam syarikat itu, Priscilla Alfred berkata, gangguan berkenaan adalah disebabkan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip yang akan dilakukan di rumah pam Wangsa Maju dekat sini.

“Gangguan ini akan bermula pada hari Isnin (7 Oktober) dari pukul 10 malam sehingga pukul 6 pagi keesokan harinya. Bekalan air akan kembali pulih secara berperingkat selepas kerja-kerja pembaikan di Rumah Pam Wangsa Maju siap dijalankan sepenuhnya yang dijangka mengambil masa selama tiga hari,” katanya dalam satu kenyataan seperti disiarkan di laman web syarikat tersebut.

Ujarnya, gangguan ini akan melibatkan 95,324 akaun pengguna. Sehubungan itu katanya, para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air ini adalah seperti berikut:

Wilayah Gombak

Kampung Baru Ampang, Kampung Melayu Ampang, Taman Hillview, Bukit Jobina, Taman Dato' Ahmad Razali, Taman Bukit Indah, Taman TAR, Kampung Tasek Permai, Ukay Heights, Ampang Jaya, Dataran Ukay, Pinggiran Ukay, Sri Ukay, Beverly Heights, Ampang Indah, Ampang Saujana dan Ampang Water Front.

Turut terlibat Bandar Baru Ampang, Bukit Ampang Permai, Bukit Indah, Desa Lembah Permai,Desa Setapak, Jalan Ampang, Kampung Bukit Sungai Puteh, Keramat AU1 - AU5, Kampung Ampang Campuran, Kampung Indah Mulia, Kampung Kemensah, Kampung Lembah Jaya, Kampung Pinggir Tiga Jaya, Kampung Tengah Lembah Jaya, Lembah Jaya Utara, Lembah Jaya Selatan, Sri Rampai, Taman Ampang dan Taman Dagang Permai.

Kawasan lain termasuklah Taman Pandan Ria, Taman Permai Jaya, Taman Permata, Taman Saujana Ampang Tasek Tambahan, Taman Ampang Mewah, Taman Ampang Utama, Taman Bukit Ampang, Taman Cahaya Ampang, Taman Dagang Jaya, Taman Halaman, Taman Kesuma Ampang, Taman Kosas. Taman Mulia Jaya, Taman Rasmi Jaya, Taman Sri Ampang, Taman Watan, Wangsa Melawati, Bukit Antarbangsa, Ukay Perdana, Ukay Bistari dan Kelab Ukay.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bagi Kuala Lumpur pula, kawasan yang mengalami gangguan ini meliputi Flat DBKL Dato' Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney, Kementerian Pertahanan, Pusat Latihan Polis (Pulapol), Wisma Tanah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Felda, Pusat Latihan Telekom, Jalan U Thant dan Jalan Ampang Hilir.

Selain itu Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Kampung Pandan Dalam, Taman Cahaya, Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin, Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Desa Pandan, Flat Sri Melaka, Jalan Kent, Taman Putra Sulaiman dan Bandar Tasik Permaisuri.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan