Audit Negara: Perlu Tegas Kuat Kuasa Syarat Kontrak Pengawal Keselamatan Sekolah

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran perlu tegas menguatkuasakan syarat-syarat kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan bagi menjamin keberkesanan mutu perkhidmatan dan keselamatan warga sekolah dan aset kerajaan.

Ini kerana pengawal keselamatan yang tidak mempunyai pengesahan tapisan keselamatan daripada pihak berkuasa akan mendatangkan risiko keselamatan di premis berkenaan, menurut Laporan Ketua Audit negara 2012.

Semakan audit di 35 sekolah terpilih mendapati terdapat seorang pengawal keselamatan sekolah mempunyai rekod jenayah.

Laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat turut mendedahkan semakan audit yang mendapati terdapat 76 pengawal tidak dapat mengemukakan tapisan keselamatan dari balai polis berhampiran atau Kementerian Dalam Negeri bagi membuktikan mereka tiada sebarang rekod jenayah.

Terdapat juga pengawal yang melebihi had umur dan gagal mengemukakan kepada pihak audit laporan kesihatan dari hospital kerajaan bagi membuktikan mereka masih sihat dan menjalankan tugas sebagai pengawal.

"Rekod kehadiran pengawal di sekolah adalah rekod utama/asas yang amat penting bagi membuktikan pengawal hadir bertugas dan sebagai rujukan silang pihak sekolah untuk membuat pengesahan atau kelulusan bayaran terhadap tuntutan bulanan syarikat," katanya.

Jelas laporan itu, sesalinan rekod berkenaan juga hendaklah disimpan oleh pihak sekolah bagi tujuan semakan semula jika timbul sebarang isu berbangkit.

Sementara itu maklum balas Kementerian Pelajaran yang diterima pada 11 Jun 2013 yang turut dimuatkan dalam laporan audit yang sama menyebut Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat peringatan bertarikh 20 Mac 2013 kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah yang terlibat supaya mengeluarkan surat amaran serta mengambil tindakan pemotongan bayaran kepada syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan sekiranya berlaku pelanggaran kontrak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan