Audit Negara: Nilai Kontrak Pengurusan Rangsum Kering TLDM Terlalu Tinggi

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengurusan kontrak rangsum kering oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi tempoh 2010 hingga 2012 didapati lemah ekoran nilai kontrak yang terlalu tinggi berbanding keperluan sebenar.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini menyatakan TLDM telah memeterai 30 kontrak berjumlah RM47.96 juta dalam tempoh berkenaan tetapi Audit mendapati nilai bayaran sebenar hanyalah RM13.46 juta.

"Prestasi pembayaran yang rendah adalah disebabkan nilai kontrak pembekalan rangsum kering yang terlalu tinggi berbanding nilai sebenar rangsum kering yang diperlukan oleh TLDM," menurut laporan itu.

Kementerian Pertahanan dalam maklum balasnya kepada laporan itu pada 14 Mac 2013 berkata ia perlu mengkaji semula nilai kontrak berkenaan supaya selari dengan nilai kegunaan rangsum semasa.

"Oleh yang demikian, nilai kontrak semasa yang dibuat pembaharuan telah dikaji semula supaya ia selaras dengan nilai kegunaan sebenar. Bagi kontrak-kontrak lain yang akan tamat kemudian, tindakan sama akan dilaksanakan sewajarnya," kata Kementerian Pertahanan.

Sementara itu, Audit turut mendapati tiada stor penyimpanan rangsum kering/material teknikal di Depot Logistik Wilayah 3, Pangkalan TLDM, Langkawi Kedah.

Semakan Audit mendapati pembinaan stor penyimpanan sudah pun dimasukkan ke dalam pelan tindakan pembinaan Markas Wilayah 3 di bawah Rancangan Malaysia Ke-7 namun gagal dilaksanakan ekoran kekurangan peruntukan.

"Sehubungan itu, Depot Logistik Wilayah 3 hanya berfungsi sebagai 'transit point'(tempat transit) dan kontraktor membekalkan rangsum secara terus kepada pengguna akhir.

"Kesannya, rangsum kering tidak dapat dihantar secara pukal untuk simpanan stok Depot Logistik Wilayah 3 dan ujian Spesifikasi Pertahanan Malaysia (MDS) terhadap rangsum kering tidak dapat dijalankan," menurut laporan itu.

Audit berpendapat keperluan membina stor simpanan adalah penting bagi memastikan stok simpanan disediakan dan keselamatan serta kebersihan rangsum kering terjamin.

Kementerian Pertahanan dalam maklum balasnya berkata cadangan pembinaan stor itu akan dimasukkan ke dalam Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) 2014 berikutan permohonan untuk memasukkannya ke dalam ABM 2013 tidak diluluskan.

Kementerian menyatakan bahawa stok rangsum rezab pembekal telah diperiksa dan disahkan, stok simpanan disediakan manakala keselamatan dan kebersihan rangsum di stor pembekal adalah terjamin. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan