Audit Negara: Harga Perolehan CCTV Berbeza Di Empat Kolej Komuniti

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kos pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di empat kolej komuniti berbeza iaitu antara RM35,350 dan RM281,249 ekoran ketidakseragaman dalam penyediaan 'Bill of Quantities' (BQ), menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Perolehan di empat kolej komuniti itu ialah sebanyak RM35,350 di Kolej Komuniti Segamat 2, Johor; Kolej Komuniti Selandar (RM139,200), Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka (RM281,249) dan Kolej Komuniti Gerik, Perak (RM144,900).

Menurut laporan audit yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa, semakan audit mendapati ketidakseragaman di empat kolej itu berlaku kerana BQ ada diperincikan di Kolej Komuniti Masjid Tanah dan Kolej Komuniti Gerik manakala di Kolej Komuniti Segamat 2 dan Kolej Komuniti Selandar, BQ dijumlahkan.

Laporan itu menyatakan perbandingan antara BQ yang tidak dijumlahkan iaitu Kolej Komuniti Masjid Tanah dan Kolej Komuniti Gerik mendapati perbezaan harga yang ketara.

Maklum balas Kementerian Pengajian Tinggi yang diterima pada 19 April dan 31 Mei 2013 menyatakan perbezaan harga yang ketara disebabkan projek berkenaan ditender kepada pelaksana berbeza.

Kementerian juga menyatakan bahawa kemunasabahan harga telah dinilai semasa proses penilaian tender dan secara keseluruhan kos projek.

Kementerian juga menyatakan telah menubuhkan jawatankuasa siasatan untuk menyiasat kes berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan