Audit Negara: Bekalan Susu 1Malaysia Disimpan Di Tempat Berisiko

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekalan susu bagi Program Susu 1Malaysia disimpan di surau, bilik sumber, ruang bawah tangga dan tempat umum yang berisiko di sekolah, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa itu menyebut berdasarkan temu bual bersama guru, mereka tidak mengetahui tatacara penyimpanan susu yang sesuai memandangkan mereka tidak menerima buku panduan.

"Kontraktor pula tidak memberi penerangan kepada guru mengenai penyimpanan susu dan sekolah menghadapi masalah ruang yang kurang sesuai untuk penyimpanan susu," menurut laporan itu.

Laporan berkenaan menyebut susu yang tidak disimpan dengan teratur dan baik di tempat yang sesuai, mudah rosak dan tercemar dan berisiko keracunan.

"Susu juga perlu disimpan di lokasi yang mempunyai pengudaraan yang mencukupi bagi menjamin jangka hayat susu tersebut," menurut laporan itu.

Laporan itu menyatakan sebahagian sekolah yang diperiksa tidak merekodkan penerimaan dan pengeluaran manakala sebahagian lagi merekodkan penerimaan dan pengeluaran susu tetapi dalam pelbagai format.

"Laporan Kes Keracunan Makanan Melibatkan Susu 1Malaysia menunjukkan sebanyak 97 kes dicatatkan pada 2011 dan 78 kes dalam 2012," menurut laporan itu.

Menurut laporan itu, kes keracunan melibatkan Susu 1Malaysia berpunca daripada tidak toleran laktosa, alahan terhadap susu lembu dan kaedah pengendalian susu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan