20 Anggota MCA Kemuka Permohonan EGM

Diterbitkan: Selasa, 1 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua puluh anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA, yang memihak kepada Presiden Parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, telah mengemukakan permohonan agar parti itu mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi membatalkan keputusan awalnya untuk tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Permohonan itu dikemukakan tiga anggota MCA diketuai Setiausaha Pengelola Parti Tan Chin Meng dan dua CC Datuk Edward Khoo Keok Hai dan Datuk Ei Kim Hock kepada Ketua Pengarah Pentadbiran parti Lim Chin Hai di ibu pejabat MCA pada Isnin.

"Permohonan itu mengandungi 20 tandatangan anggota CC iaitu lebih daripada mencukupi bagi memenuhi syarat satu pertiga anggota CC. Selain itu, kami turut meminta satu usul bagi mencela Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai semasa EGM," katanya ketika dihubungi.

Mengikut Perlembagaan MCA, EGM perlu diadakan jika satu pertiga daripada sejumlah 42 anggota CC mengemukakan permintaan.

Tan berkata EGM itu perlu diadakan bagi membatalkan resolusi parti yang diluluskan pada Mesyuarat Agung tahunan MCA pada 2011 dan 2012 untuk membolehkan anggota parti itu menerima jawatan menteri, timbalan menteri atau apa-apa jawatan dalam Kabinet.

Sementara itu, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha, ketika dihubungi, mengesahkan ibu pejabat parti telah menerima permohonan itu.

"Kami akan membincangkan perkara ini semasa mesyuarat tergempar CC Khamis ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan