Polis Cari Pistol Pembunuhan Pengasas Ambank Di Tasik Mines

Diterbitkan: Isnin, 30 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis percaya pistol yang diguna dalam pembunuhan pengasas kumpulan perbankan Arab-Malaysian (Ambank) Hussain Ahmad Najadi dibuang di kawasan Tasik Mines bersebelahan Lebuhraya Besraya di sini.

Polis yang menjalankan operasi mencari senjata api terbabit sejak Ahad membawa suspek utama ke kawasan itu pada Isnin.

"Kita syak senjata api yang digunakan suspek dibuang di kawasan ini," kata Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur, Supt Yahya Abdul Rahman ketika dihubungi Bernama.

Tinjauan Bernama pada Isnin mendapati suspek, 44, yang memakai baju lokap berwarna jingga diiringi anggota polis dibawa ke lokasi berkenaan pada 1.20 petang.

Operasi pada Isnin bermula 10 pagi, membabitkan 30 anggota dan pegawai polis daripada polis kontinjen Kuala Lumpur, Unit Forensik, Unit Skuba Bukit Aman serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan berakhir tujuh jam kemudian.

Sebanyak lapan anggota Unit Skuba turut menyelam mencari bahan bukti itu di dalam tasik yang mempunyai kedalaman 10 meter berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, operasi mencari senjata api itu akan diteruskan esok dengan membawa peralatan seperti alat pengimbas senjata.

"Operasi ini diketuai timbalan saya, ACP Kahiry Ahrasa," katanya ketika dihubungi.

Suspek utama kes itu ditahan Ahad lepas bersama-sama dua rakannya dalam serbuan 12.30 tengah malam di sebuah rumah di Taiping, Perak dan kini ditahan reman bagi membantu siasatan kes tersebut.

Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong Kuan Yin Temple di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan