Pemilihan Umno: Calon Boleh Kempen Guna Facebook

Diterbitkan: Isnin, 30 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Calon-calon yang bertanding dalam pemilihan Umno bulan depan diberi kelonggaran untuk berkempen menggunakan laman sosial seperti Facebook.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata, parti itu memutuskan untuk membenarkan calon-calon yang bertanding untuk mendekati pengundi melalui platform rangkaian media sosial dalam talian.

"Lembaga disiplin Umno akan bertindak jika mereka melanggar kod etika.

"Namun memberi kebenaran kepada calon-calon yang ingin menggunakan Facebook untuk memperkenalkan diri masing-masing. Ini tidak akan menjadi masalah, " katanya di institut latihan parti Umno di Janda Baik, di sini pada Ahad.

Kebenaran itu dibuat berikutan rayuan oleh beberapa calon agar membolehkan lebih banyak fleksibiliti diberikan tanpa melanggar kod etika parti.

Kod etika parti menghalang calon daripada melakukan kempen terbuka termasuk menganjurkan majlis bagi mempengaruhi pengundi.

Menurut calon yang bertanding, peningkatan jumlah pengundi daripada 2,500 pada pilihan raya sebelum ini kepada 146,000 pada tahun ini memaksa mereka menggunakan banyak saluran untuk berkempen.

Proses pengundian bagi sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno akan diadakan pada 12 Oktober ini manakala manakala pengundian bagi jawatan Majlis Tertinggi adalah pada 19 Oktober.

Pengundi akan membuang undi mereka di bahagian-bahagian masing-masing.

Menurut Tajol beliau mencadangkan kepada pengurusan parti supaya mengiklankan senarai nama calon yang bertanding di peringkat Majlis Tertinggi agar mendapat pendedahan yang mencukupi.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata ibu pejabat Umno akan mengumumkan senarai akhir calon-calon yang layak bertanding selepas selesai proses pemeriksaan bagi mengelakkan calon yang diisytiharkan muflis atau pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah turut bertanding pada 7 Oktober.

Pada hari yang sama, parti itu juga akan mengumumkan keputusan rayuan yang dibuat oleh calon-calon yang pencalonan mereka ditolak lebih awal.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan